MINGGU 12
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca blog saya. Saya nak menceritakan tentang minggu 12. Minggu 12 bukan minggu penat saya mungkin minggu 13 merupakan minggu paling penat saya akan hadapi. Minggu 13 saya ada 3 presentation dan ada oral test bahasa cina. Doakan saya dipermudahkan urusan terutama dalam oral test. Dan minggu 13 juga saya ada program kolej pada hari jumaat dan sabtu dan program kokurikulum saya pada sabtu dan ahad.
Saya tidak dapat menafikan sememangnya minggu 13 akan menjadi minggu yang paling memenatkan saya walaupun hari selasa akan cuti umum sempena hari kelahiran sultan selangor...
Alhamdulillah saya syukur ke atas diri saya kerana berjaya mengharungi penyakit homesick hahaha. Pejam celik pejam celik dah nak masuk minggu 13. Seterusnya minggu 14 merupakan minggu terakhir sebelum cuti study week dan cuti semester. Yeyyyy akhirnya....
Banyak benda saya telah pelajari antaranya pilih kawan yang sentiasa mengajar kita tepati masa, belajar tepati masa, jangan ponteng kelas dan jangan main masa dalam kelas kerana ia menganggu masa depan anda. Minggu hujung² jangan ponteng kelas kerana minggu itu pensyarah akan memberitahu segala topik yang akan keluar. Jadi, anda kena fokus untuk menjawab peperiksaan akan datang nanti.
Kepada adik di luar sana yang bakal menjadi mahasiswa dan mahasiswi, selamat maju jaya dalam alam universiti. Banyak cabaran dan dugaan yang akan anda tempuhi keseorangan nanti. Nota kepada saya juga kerana masih lama lagi perjuangan saya di UPM Serdang. Sekian sahaja cerita daripada saya. Terima kasihhh... Jumpa lagi..
Comments
Post a Comment