GENTING HIGHLAND
Assalamualaikum dan salam negaraku. Hari ini aku hendak berkongsi cerita tentang percutian pendek di genting highland. Hari jumaat abang aku dan isterinya telah mengambil aku di kolej UPM dan terus menuju ke Genting highland. Sebelum itu kami singgah di Starbuck untuk basahkan tekak yang kering akibat kesesakan lalu lintas yang terlalu lama. Abang aku seperti biasa membelikan aku secawan air berperisa coklat dan isterinya air berperisa vanilla. Kami menikmati air itu sehingga laluan berjalan lancar semula untuk meneruskan perjalanan.
Lebih kurang jam 11 pagi, kami pun meneruskan perjalanan menuju ke destinasi iaitu Genting Highland. Dalam perjalanan kami menikmati pemandangan yang cantik dengan menghirup udara yang segar. Pemandangan awan-awan dari jarak yang dekat dan ketinggian membolehkan kami menikmati suhu yang rendah dan sangat sejuk. Burung-burung yang bertebangan dan bunga yang luruh lagi menambahkan struktur kecantikan pemandangan. Keadaan ini sangat sesuai dengan seorang jurugambar yang suka akan pemandangan.
Perjalanan ke Genting Highland dengan geografi yang berbukit dan semakin tinggi. Keadaan ini membahayakan keselamatan ramai pengunjung kerana keadaan geografi yang sedemikian. Kira-kira dalam 2 jam dari Serdang ke Genting Highland. Kami pun sampai dengan selamatnya. Kami terus menuju ke Genting premium outlet untuk membeli belah sebelum menaiki cable car menuju ke puncak. Kami memasuki butik Guess, Timberland, TUMI, Perdo, dan PDI dan telah menghabiskan duit disana. Di sini pengunjung akan berasa rambang mata untuk membeli belah walaupun harganya standard mahal.
Setelah selesai kami membeli belah, kami pun menuju ke kaunter untuk membeli tiket cable car. Kami pun beratur menunggu giliran untuk menaiki cable car. Pada hari itu, pengunjung terlalu ramai dan kami terpaksa menunggu dan beratur lama. Selepas tunggu lama telah tiba masa untuk giliran aku, abang aku dan isterinya menaiki cable car. Kami pun menaiki dan menikmati pemandangan hutan, jalan raya, taman permainan dan lain-lain. Bagi yang takut akan ketinggian, sangat tidak sesuai untuk menyertai aktiviti seperti ini. Cuaca di atas puncak sangat sejuk seolah seperti di luar negara. Sekian sahaja cerita aku hari ini. Harap sudi membaca . Terima kasih..

Comments
Post a Comment