MALAM SEJAMBAK BUDI KOSASS
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang sedang membaca blog saya. Hari ini saya hendak menceritakan serba sedikit tentang aktiviti dan program yang dijalankan di Kosass, UPM. Sememangnya kolej kosass tidak asing lagi dengan kolej yang paling sibuk dan mementingkan adat dan warisan terdahulu. Sehingga kini adat itu masih digunakan kepada pelajar baharu. Tema kosass adalah datang bersambut pulang berhantar.
Pada minggu ke-10, kolej Kosass akan memgadakan majlis untuk meraikan pelajar tahun akhir sebagai kenangan mereka bersama Kosass. Program ini dilaksanakan oleh pelajar tahun pertama dan dibantu oleh pelajar tahun kedua. Tema untuk malam sejambak budi yang ke-35 ini adalah tema Bollywood. Majlis ini diadakan di Hotel Bora Ombak Putrajaya pada malam hari sabtu.
Saya mengambil tempat sebagai usher floor yang berdiri tegak selama 3 jam dengan memakai kasut yang bertumit tinggi 6 inch. Saya memakai baju punjabi dan seluar berwarna putih. Pelajar yang terlibat persembahan pun memakai baju mengikut tema bollywood dan seragam sesama ahli kumpulan.
Saya tidak dapat menafikan bahawa menjadi pelajar tahun pertama memang memenatkan tetapi sangat seronok dapat mengenali ragam manusia dan tahu bagaimana untuk memimpin.
Pelajar Kosass sangat gembira akan majlis tersebut. Saya berharap tradisi ini dikekalkan dan diteruskan sampai bila-bila. Sekian sahaja dari saya. Sekian terima kasih. Hotel bora ombak Putrajaya sangat cantik dan best. Pemandangan yang berlatarkan tasik dan cahaya di malam hari.
Comments
Post a Comment