MAJOR
Ingin membuka jendela pintu
agar cahaya menerjah raya
datangnya dengan niat yang satu
salam negaraku ucap mulanya.
berdiri megah tugu negara,
tiada tandingan teguh dipersada,
salam diberi mula bicara,
hajat ku ingin berkongsi minda.
tiada tandingan teguh dipersada,
salam diberi mula bicara,
hajat ku ingin berkongsi minda.
Assalamualaikum dan salam negaraku saya ucapkan. Hari ini saya mahu menceritakan tentang pembelajaran saya di UPM. Saya telah menghadiri peperiksaan psikologi untuk menentukan major yang saya akan belajar pada semester hadapan. Saya mahu major Korporat atau Human kerana bagi saya senang untuk mendapatkan kerja.
Setelah 2 minggu peperiksaan psikologi. Akhirnya saya telah mendapat major yang saya inginkan iaitu major .... Korporat. Walaupun sedih kerana bakal rakan kelas saya semua dari warga asing iaitu, India, Yaman, Arab dan China. Proses pembelajaran agak terganggu kerana cara percakapan mereka lain dengan kita di Malaysia.
Walaubagaimanapun saya gembira kerana mendapat apa yang saya impikan. Saya mempunyai ramai kawan yang mendapat major yang sama. Jadi senang untuk membincang apa-apa tugasan jika diberi oleh pensyarah. Pemakaian pelajar major korperat saya dapat lihat sangat berbeza dengan major broadcasting kerana mereka terlibat dengan kerja luar dan lasak jadi pemakaian mereka agak berbeza.
Minggu ini merupakan minggu pertama untuk mendaftar subjek semester hadapan. subjek yang saya akan belajar pada semester hadapan sangat complicated dan saya harap saya boleh bawa dengan jaya.
Seterusnya, suasana pembelajaran dalam kelas agak bising kerana pelajar yang berada di dalam kelas itu kesemua dalam bidang yang sama. Rakan sekelas sentiasa memberi sokongan antara satu sama lain. Ada diantara dari asasi, diploma dan matrikulasi. Setiap pelajar berbeza latar belakangnya tetapi kami boleh menyesuaikan diri. Biasalah kami dari jurusan komunikasi yang sememangnya pelajar banyak mulut dan banyak cakap. Jadi kami mudah rapat dan mudah untuk memulakan perbualan. Doakan saya maju dan berjaya dalam hidup dan mendapat pekerjaan yang saya impikan...
Saya harap saya mampu membawa subjek semester hadapan dan major yang saya perolehi. Sekian sahaja dari saya Terima Kasih. Jumpa lagi. Maaf atas perkongsian saya yang tidak seberapa ini.
Comments
Post a Comment