MINGGU 10 KULIAH

Assalamualaikum dan salm sejahtera semua. Hari ini sudah minggu ke 10 aku di sini Universiti Putra Malaysia, Serdang. Pejam celik pejam celik tak sangka lagi empat minggu sahaja untuk final exam semester satu. Banyak perkara yang aku belajar di sini.

Aku mempunyai ramai kawan di kolej dan di UPM. Kawan-kawan aku semua dari negeri yang berlainan iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perak, Johor, Kelantan, Terengganu dan Sabah. Kawan saya yang dari Pulau Pinang mengajak saya pulang ke rumahnya untuk makan nasi kandar penang. Pulau pinang sememangnya banyak makanan dan tempat menarik yang perlu pergi.

Selain itu, minggu 10 yang hampir ke minggu 11 ini terdapat banyak pembentangan kumpulan akan berlaku. Assignment semua dah selesai cuma pembentangan masih belum lagi. Selepas itu, kami belajar untuk ulang kaji dan minggu study week.

Seminggu study week peperiksaaan bakal berlangsung iaitu pada 31 disember 2018 😊 kertas pertama aku iaitu Bahasa Melayu Tinggi. Soalan dia agak susah kerana berbentuk objektif yang mengelirukan jawapan tepat.

Setakat ini saya berasa seronok belajar disini dan belum sampai tahap tekanan hahah. Okaylah sampai disini sahaja cerita saya untuk minggu ini. Harap sudi baca. Terima kasih. 👻

Comments

Popular Posts