MAULIDUR RASUL
Assalamualaikum dan salam negaraku. Hari ini saya mahu menceritakan tentang perarakan maulidur rasul di alam Universiti. Aku memasuki perbarisan perarakan maulidur rasul pada hari semalam iaitu 20 November 2018. Perarakan itu merupakan kali pertama aku di alam Universiti (UPM).
Pada pagi hari kejadian, saya dan kumpulan saya bergerak menuju berkumpul di dataran kawad UPM bersebelahan dengan padang UPM. Kami memakai baju berwarna hitam sedondon dengan pelajar lelaki. Kami mewakili kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS), UPM.
Kami mengalunkan lagu maulidur rasul dan membaca surah serta menceritakan tentang Rasulullah SAW. Terdapat banyak kisah menarik tentang nabi kita iaitu MUHAMMAD SAW. Jadi tidak salah kita mengagungkan nabi kita.
Seterusya, acara perarakan berlangsung dari setiap kolej. Kolej saya merupakan kolej tentera yang mempunyai disiplin dan semangat yang tinggi. Jadi, pada hari tersebut perarakan dari Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) mendapat tempat yang pertama. Kami menerima piala dan wang sebanyak rm2000.
Akhirnya, perarakan Maulidur Rasul sangat menyeronokkan dan pengalaman pertama yang paling bermakna. Sekian dari saya. Terima kasih.

Comments
Post a Comment