PENGLIBATAN POLITIK

Salam sejahtera dan salam negaraku. Hari ini aku ingin menceritakan kenangan bekerja. Masa umur 14 tahun aku telah melibatkan diri dalam bidang politik mengikut wakil rakyat berkempen 24 jam. Dari situ aku minat dalam politik dan mahu menjadi wakil rakyat untuk pru selepas ini. InnshaAllah. Mengikut wakil-wakil rakyat berkempen sangat bagus kerana berjumpa dengan masyarakat sekeliling, mendengar masalah yang dialami, menyelesaikan masalah, memberi bantuan kecil dan banyak lagi. Hubungan aku demgan wakil-wakil rakyat sangat erat dan aku pernah mengikuti mereka ke majlis protokol di istana *rahsia*. Kau akan dilayan macam tetamu VVIP walaupun kau hanya pembantu dia.

Dari segi pemakaian wajib kemas, sentiasa iron, sentiasa ada baju lebih untuk program lain. Aku pernah buat kertas kerja untuk satu projek dibawah wakil rakyat seorang ni. Dan paling gembira kertas kerja aku diterima oleh pihak penerima. Kau masih budak dan kau berjaya menarik hati pengambil projek tu. Dato sri yang merupakan wakil rakyat itu masih berhubung dengan aku untuk menghadiri mesyuarat, mengikuti berkempen dan sebagainya.

Ibu bapa aku tidak mengharapkan sepenuhnya untuk aku terlibat dalam politik tetapi mereka sentiasa beri sokongan.  Bagi mereka menjadi ahli politik penat dan tidak boleh bekerja. Memang tidak dinafikan lagi tugas seorang wakil rakyat sangat berat untuk dipikul semasa usia muda tetapi kalau bijak menguruskan masa dan berkomunikasi serta hormat menghormati anda boleh terlibat dalam politik. Dan paling penting keikhlasan dan kejujuran dalam membuat kerja. Tidak semua wakil rakyat makan duit masyarakat. Satu lagi untuk melibatkan diri dalam politik, hati kena kental. Tidak semua pandangan dan  apa yang kita lakukan dapat memuaskan hati rakyat. Sejujurnya dato sri selalu meluahkan rasa kepada aku bahawa ada masyarakat menyalahgunakan dia sehingga memijak kepala dia. Yang berhormat merupakan Menteri KKLW dan  seorang Adun.

Kalau rapat dengan mereka, minta  apa semua dapat kerana mereka hanya ada seorang sahaja anak perempuan. Mereka selalu berkata kalau ada masalah belajar atau tekanan belajar, dia boleh ambil bawa keluar pergi  makan dan  jalan-jalan. Anda rasa apa kalau YB cakap macam tu mesti appreciate betul kan ? Walaupun aku masih terikat untuk menghadiri mesyuarat dan program dianjurkan untuk hubungan yang erat dalam politik tetapi aku suka enjoy. Sampai sini sahaja aku ceritakan kerana dalam politik kena banyak berahsia takut-takut tidak sengaja memberitahu rahsia kerajaan. Sekian terima kasih... 😋 InnshaAllah seorang Ahli parlimen calon Pxxx.

Comments

Popular Posts