KOLEJ TENTERA
Salam sejahtera dan Salam negaraku semua. Hari ini aku hendak menceritakan kejadian yang berlaku pada malam semalam. Aku merupakan pelajar tahun pertama di Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah UPM. Hari pertama aku mendaftarkan diri disini aku telah bercakap dalam hati "selamat datang ke dunia penjara" Nah memang betul apa yang aku rasa. Secara jujurnya aku hendak cakap di sini ada lima blok bangunan yang terdiri daripada Napuh, Pelanduk, Rusa, Kijang dan Seladang. Blok Kijang dan Pelanduk merupakan civillian. Aku menetap di Blok Seladang yang bercampur dengan budak PALAPES DARAT DAN PALAPES LAUT manakala Blok Rusa PALAPES LAUT DAN DARAT sahaja. Blok Napuh hanya pelajar Palapes dan Pelanduk adalah civillian.
Setiap malam blok Napuh selalu ada mesyuarat sampai subuh. Aku tidak tahu sama ada yang kawan-kawan lelaki aku mesti mengantuk bila esok pagi ada kuliah jam 8 pagi. Bagi aku kesian untuk mereka dan tidak adil yang kolej lain sedang enak dibuai mimpi.
Okay. Aku nak ceritakan kejadian semalam. Di blok aku ada mesyuarat blok tepat 8.45pm. Blok aku paling sikit pelajar tahun pertama iaitu 17 orang sahaja. Pelajar yang turun mesyuarat ada 6 orang sahaja selebihnya ada mesyuarat program lain. KOSASS banyak program, antaranya ialah PUTRABIKE, MSB, SUKOL, dan MOBILITY. Setiap kali kami hendak ke mana-mana kami wajib beritahu ketua blok. Kami sudah bagi tahu semalam. Selepas masing-masing habis mesyuarat program, kami turun berkawad untuk perbarisan sukol jam 10.30pm-12.30pm. Selepas berkawad kami kena berkumpul di bilik mesyuarat blok atas arahan senior. Kami kena marah tengking dan macam-macam kerana tidak turun TETAPI mereka tahu je kami ada program. Kau rasa ?
Di sini senior memerhati gerak geri pelajar tahun pertama. Kadang rasa rimas juga tapi aku bukan takut pun sebab mereka rendah dari aku HAHA masa kena marah tu aku bayangkan aku angkat dia campak ke bawah bangunan. Kami nyanyi lagu blok salah, tak sedap, salah lirik. Kami rasa okay je nak buat macam mana KOSASS memang tradisi setiap tahun buat macam tu pada pelajar tahun pertama dikira balas dendam la dari pelajar tahun kedua. Kami semua kena mencangkung, berdiri lama. Senior hendak panggil YO iaitu pelajar lepasan tauliah palapes. Kalau panggil dia kami kena buat pacak kepala macam budak palapes kena ragging.
Jujur, memang penat duduk KOSASS walaupun enjoy. Dengan banyak aktiviti dan program. Pelajar tahun pertama WAJIB masuk semua program. Pelajar kosass selalu diganggu waktu hendak belajar, buat assignment, makan. Kami tiada masa. Tapi bila bagi alasan macam tu kami kena marah " dah degree takkan tak pandai manage time lagi". Kalau kamu semua hendak tahu, kami mana ada jarak masa untuk senang lenang. Waktu solat je. Takkan waktu solat nak makan serentak ? Okay sampai sini sahaja. Panjang lagi cerita sebenarnya kami kena ragging dan macam-macam. Belum masuk part kena grenade la apa la.
Comments
Post a Comment