S A H A B A T

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya ingin menceritakan kisah seorang kawan baik. Saya mempunyai kawan baik yang berjantina lelaki. Kami memang rapat sangat-sangat dari umur 13 tahun. Kami dianggap kembar. Dia selalu mengikuti keluarga aku pergi kenduri saudara mara aku, pergi pantai dan outing di Mall bersama. Dia dianggap macam anak angkat dan lebih seperti anak kandung oleh ibu bapa aku. Dia merupakan anak kepada guru bahasa inggeris tetapi dia merupakan anak yang tidak hebat dalam bahasa inggeris berbanding adik-adik dia. Ibu bapa dia sangat baik dan memahami yang kami memang rapat dan tidak boleh dipisahkan.

Kami berpisah semasa lepasan SPM kerana dia menyambung belajar OIL AND GAS di Terengganu. Dia selalu menceritakan masalah dia di sana kalau dia cuti dia akan datang ke rumah aku dan kami keluar pergi jalan-jalan. Sememangnya dia kawan yang sangat rapat dengan aku. Walaupun berjauhan kami selalu berhubung sampai aku benci dia HAHA.

Dia selalu berkongsi cerita tentang teman wanita dia tetapi teman wanita dia tak ada ciri macam yang ada pada aku. Aku pun kata mana boleh kau nak orang yang sama macam aku. Dia kata aku memahami dia. Aku pun cakap memang la kita kan kembar semua benda nak sama. Baju seluar kalau pergi kelas tambahan atau keluar mesti nak sama.

Dan sampailah satu hari, dia terlibat dalam kemalangan. Sewaktu itu dia cuti semester. Jadi dia berada dalam satu daerah dengan aku. Dia kemalangan berhampiran rumah dia lalu dimasukkan di wad kritikal kerana melibatkan bahagian kepalanya. Aku sangat sedih proses tu mengambil masa untuk dia pulih dan kami tidak selalu berhubung atas memberi laluan untuk dia membuat ujian dan dia telah koma sebelum itu. Koma hampir 7 bulan. Aku rasa kosong sangat hidup aku apabila kawan baik kau hilang walaupun seketika. Kalau ada masalah aku selalu berkongsi pada dia, masa dia koma aku tidak tahu nak cakap dengan siapa . Ya aku memang ramai kawan baik perempuan pun ada tapi dia ni macam keluarga aku.  Jujur, masa dia kritikal, nyawa dia. 50%-50% . Aku selalu melawat dia dan bercakap dengan dia kau kena kuat, aku nak kau sembuh, siapa nak layan kepala gila aku walaupun dia koma dan tidak dengar apa aku cakap tapi aku dapat rasa dia boleh rasa apa yang kita cakap waktu itu. Akhirnya dia sembuh syukur ke hadrat Allah telah kembalikan sahabat dunia akhirat aku. Sekian sampai disini sahaja kisah aku dan sahabat baik aku...

Comments

Popular Posts