KUDA HOBO
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama diberi Rauhah Ummilia yang lebih dikenali sebagai Umie dalam kalangan kawan-kawan manakala dalam kalangan tenaga pengajar ialah Rauhah. Hari ini saya hendak menceritakan serba sedikit perjalanan saya hari ini. Saya merupakan salah seorang pelajar UPM di bawah fakulti bahasa moden dan komunikasi yang terletak di pintu utama UPM. Selepas sahaja kelas pagi ini iaitu 8am-9am saya terus menuju ke Pusat Ekuin UPM. Pusat Ekuin UPM merupakan kawasan penternakan kuda dan mempunyai kawasan yang luas dan lengkap dengan kemudahannya. Di sini terdapat banyak kuda yang terdiri daripada yang kecil sampai yang dewasa. Kuda yang paling terkenal disitu adalah HOBO dan ARJUNA. Kedua-duanya merupakan jantina lelaki dan sangat mesra dengan manusia.
Di sini juga terdapat ramai pekerja dan pelajar yang datang ke pusat ekuin ini boleh secara sukarelawan tanpa segan untuk menolong membersihkan kandang-kandang kuda dan memberikan mereka makan. Antara makanannya adalah lobak dan rumput hijau. Mereka sangat suka bila diberi makan lobak dan mengurutnya di bahagian pipi. Kalau pelajar free boleh datang ke pusat ekuin ini untuk belajar membersihkan kandang dan sebagainya.
Di sini juga menyediakan perkhidmatan yang berbayar apabila pelajar hendak menunggang kuda iaitu dengan bayaran sebanyak rm490 ke atas untuk 10jam. Kalau di luar UPM agak mahal. Aktiviti ini boleh merehatkan minda pelajar yang tertekan dengan banyak tugasan dari pelbagai subjek dalam satu masa kerana saya mengalaminya sekarang. Haha tapi saya okay sahaja kerana belajar untuk menambah ilmu dan untuk menempatkan diri di alam kerja.
Lebih kurang dua jam saya disana lalu saya pun pulang ke kolej Kosass untuk merehatkan diri dan tidur kerana pada sebelah petang saya mempunyai perlawanan sukol sofball wanita dan pada sebelah malam saya ada mesyuarat AJK untuk PutraBike dan latihan kawad untuk perbarisan sukol. Jadual saya sangat pack bila di kolej Kosass macam bukan pelajar UPM lebih teruk lagi macam penjara dengan seawal 5 pagi hari rabu ada gempur untuk pasukan palapes menganggu waktu tidur dan pada lewat malam juga serta bunyi gendangan yang kuat dari pusat astaka seni. Mungkin pelajar membuat latihan untuk perbarisan sukol hingga ke lewat malam.
Sampai disini sahaja cerita saya, saya hendak tidur dan membuat tugasan yang perlu dihantar minggu ini. See you again. Blog hari ini sangat baku saya pun tidak tahu kenapa mungkin semalam di kolej belajar protokol bahasa baku. Haha harap kamu semua suka dengan blog saya serba kekurangan ini. Terima kasih sudi baca . 😆
Comments
Post a Comment