CUTI MIDSEM
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini aku sangat gembira kerana cuti pertengahan semester bakal tiba. Cuti ini aku hendak manfaatkan sepenuhnya dengan ibu bapa aku. Maklumlah aku tidak pernah berjauhan dengan ibu bapa sejak bayi lagi. Langkah di UPM ni merupakan langkah pertama aku berjauhan. Aku pula merupakan anak bongsu perempuan tunggal dalam keluarga. Aku ada tiga adik beradik sahaja iaitu dua orang abang dan aku.
Seperti biasa aku akan mengemas pakaian aku dua tiga hari sebelum pulang ke kampung halaman. Nampak keghairahan dia apabila sudah lama tidak pulang. Aku dah rindu rumah, haiwan peliharaanku dan paling penting rindu pada mama dan abah. Selepas tamat kuliah aku terus bergegas pulang ke kolej untuk mengemas keperluan akhir untuk dibawa pulang kerana abang aku telah menunggu aku di parkir kolej. Selepas sahaja aku menaiki kereta Mercedesz berwarna Hitam, abang aku terus memecut laju menuju ke kampung halaman iaitu di Temerloh Pahang. Waktu perjalanan kami hanya mengambil masa kira-kira dalam dua jam sahaja. Jarak UPM, Serdang ke Pahang adalah 204km sahaja bukan jauh mana cuma aku sahaja merasakan jauh homesick. Pejam celik pejam celik kami pun sampai dengan selamatnya.
Aku seperti biasa memunggah beg dan barang lain masuk ke dalam rumah. Kemudian aku bersalam dengan mama dan abah aku. 2 bulan lebih tidak menjejakkan kaki ini di rumah aku berasa lain sangat dengan suasana rumah yang semakin sunyi. Dalam tiga jam aku duduk aku pun mengambil kunci kereta aku Myvi berwarna ungu lalu aku menghidupkannya kemudian memandu menuju ke Taman Tasik. Banyak kenangan indah tersemat disana. Sahaja aku ingin kenangan itu kembali. Kenangan bersama classmates menyiapkan tugasan lakaran subjek Lukisan Kejuruteraan semasa SPM tahun 2015.
Aku memecut sehingga meter mencecah angka 140km/h kerana hari semakin petang takut pulang lewat ke rumah. Kawan aku semua berlainan hari cuti. Jadi aku keseorangan, tiada yang menemani seperti biasa . Aku sangat gembira apabila dapat pulang ke rumah, menghirup udara di kampung halaman walaupun selalu terdengar lintasan lori balak, ambulan, kereta bomba mengacau mimpi di malam hariku. Banyak aktiviti yang aku buat semasa cuti ini tetapi masih terikat dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah aku. Nanti aku sambung cerita lagi.. Sekian sahaja cerita aku ini.

Comments
Post a Comment