PERJALANAN LEPASAN SPM
Hai semua. Blog ni merupakan blog yang pertana aku buat sebab aku bukan budak bahasa sebelum ni, jadi aku tak pandai mengarang. Hari ini aku nak ceritakan tentang pilihan untuk sambung belajar lepasan spm. Aku ambil Addmath, Fizik, Kimia, dan Lukisan Kejuruteraan. Subjek Lukisan Kejuruteraan ni memang kegemaran aku. Selepas sahaja keputusan SPM diumumkan, aku telah mendapat tawaran ke Politeknik Kok Lanas Kelantan dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal. Ia merupakan kos yang memang aku minat tapi disebabkan aku tidak yakin dengan diri sendiri untuk duduk berjauhan dengan parents, jadi aku memilih untuk menyambung pelajaran aku di tingkatan enam iaitu di SMK Purun.
Sepanjang tingkatan enam aku hanya ulang alik dari rumah. Sebenarnya tingkatan enam ni aku pandang lekeh je tapi sebab nak duduk rumah kan aku pun masuk jelah pilihan terakhir. Pelajar lepasan stpm semua kata stpm ni susah belajar rajin-rajin. Aku pula jenis selalu nak jadi orang pertama siap semua tugas yang diberikan dan memang pantang kalau aktiviti kumpulan ada yang tidak buat keje langsung hanya berharap pada ahli kumpulan. STPM merupakan peperiksaan kedua susah di Asia kalau tak silap, jadi kalau korang berjaya di stpm tahniah aku ucapkan. Cgpa aku masa stpm 2017 3.59 je. Kini aku telah berjaya menempatkan diri aku di UPM iaitu universiti kedua terbaik di dalam Malaysia yang merupakan smart campus tiada kad matrik fizikal 😊 Tetapi sedih juga bukan pilihan utama kos yang aku dapat, aku berminat kos yang menggunakan otak bahagian kiri iaitu nombor tetapi Allah sudah siapkan jalan cerita kita masing-masing mungkin ada kebaikan disebaliknya.
Okay harap korang enjoy la dengan cerita aku ni kalau nak sambung belajar lepas spm lebih baik ambil stpm dia mudah bagi aku kalau korang baca dan selalu buat tugasan yang cikgu-cikgu beri.

Comments
Post a Comment